Peminat anime dan Batman, dah tengok Batman Ninja?

04/12/2017 | | Tiada sebarang ulasan setakat ini.


5 September lepas, laman web Comic Con New York menyenaraikan satu sidang sejam bertajuk 'First Look: Batman Ninja'. Berikut adalah ringkasan sidang tersebut:

WARNER BROS. JAPAN AND WARNER BROS. HOME ENTERTAINMENT TEAM FOR AN EYE-POPPING ADDITION TO THE BATMAN ANIMATED LEGACY WITH BATMAN NINJA, A SPECTACULAR, ALL-NEW ANIME FILM COMING IN 2018. BE AMONG THE FIRST TO WITNESS THE PREMIERE OF COLORFUL FOOTAGE FROM THIS IMAGINATIVE TAKE ON BATMAN AND MANY OF HIS CONNECTED CHARACTERS. PANELISTS WILL INCLUDE DIRECTOR JUMPEI MIZUSAKI, CHARACTER DESIGNER TAKASHI OKAZAKI, SCREENWRITER KAZUKI NAKASHIMA, ENGLISH-LANGUAGE SCREENWRITERS LEO CHU & ERIC GARCIA AND SOME POTENTIAL SPECIAL GUESTS.

5 Oktober lepas, ketika sidang tersebut, secara rasminya anime Batman Ninja diumumkan kepada dunia. Isi perbincangan sidang tersebut boleh dibaca di Anime News Network. Antara yang boleh saya petik, anime ini sudah mula dibikin sejak tiga tahun lepas.


1 Disember lepas, trailer Batman Ninja dipertontonkan kepada umum menerusi YouTube.


Melihat kepada reaksi umum, ramai yang teruja, termasuklah saya. Trailer Avengers: Infinity War pun tak buat saya rasa macam ni.

Olahan semula watak-watak dalam anime ini cukup baik hasil kerja Takashi Okazaki. Seimbang antara rekaan asal yang kita biasa lihat dan penambahan gaya Jepun / anime. Paling ngeri tengok Joker. Paling kelakar rambut si Robin.

Sinopsis ringkas: Batman mengembara melalui masa dan tiba ke zaman feudal Jepun. Dengan bantuan rakan-rakannya, Batman harus menentang Joker yang juga mempunyai sekutunya sendiri.


Berdasarkan trailer dan poster filem, ramai watak-watak dalam dunia Batman yang akan muncul. Selain daripada Batman dan Joker, ada Harley Quinn, Gorilla Gross, Two-Face, Poison Ivy, Deathstroke, Penguin, Catwoman, Robin dan Nightwing. Alfred si khadam pun ada. Ye lah, siapa lagi yang nak buatkan dan hidang teh untuk tuan Wayne.

Batman Ninja akan menemui peminat pada tahun hadapan dalam bentuk DVD dan Blu-Ray.

No comments:

Post a Comment