BR1S. Yahuu dapat duit!!!

01/10/2016 | | Tiada sebarang ulasan setakat ini.

Dapat mesej WhatsApp yang kandungannya begini:
BR1S (Bonus RAKYAT 1 SELANGOR)  
RM500 utk semua rakyat SELANGOR SAHAJA berumur 18 hingga 55 tahun, I/C SELANGOR (14)  
sila rujuk link dibawah untuk permohonan. Siapa yg belum mohon sila isi borang. Permohonan dibuka hingga 1 OKT 2016 
  
boleh rasa duit kerajaan negeri pulak... tahniah org SELANGOR. Khas untuk org SELANGOR. TERIMA KASIH KERAJAAN NEGERI SELANGOR 
Sila klik link utk registration
Yahuu... beruntungnya aku jadi rakyat Selangor. Dapat merasa duit macam BR1M yang kerajaan Najib bagi.

Tapi... tapi... ada musykil sikit. Betul kah benda BR1S ni?

Singkatan BR1S tu hampir sama dengan BR1M. Kalau benar MB Azmin nak tiru inisiatif kerajaan Najib 'beri ikan bukannya kail' pada rakyat, takkanlah singkatan pun nak tiru.

Pautan laman untuk mendaftar pun pelik. Kenapa tak gunakan domain selangor.gov.my?

I/C SELANGOR (14)? Yang ini yang paling meng'kantoi'kan. 14 untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Boleh rujuk Kod Negeri - Jabatan Pendaftaran Negara.

Saya fikir ini mesti auta semata-mata. Ini tak lain tak bukan cuma nak tarik orang supaya klik pada pautan yang entah apa-apa.

Saya tak klik. Saya rasa sedikit pandai.

No comments:

Post a Comment