Masalah pam klac (clutch pump)

04/07/2016 | | 83 comments

Dalam seminggu ni, kereta saya ada masalah klac sampai susah nak masuk gear. Mulanya, satu pagi masa saya sampai tempat kerja, saya perasan gear susah nak masuk. Saya periksa paras minyak pada tangki minyak klac - dah kosong. Segera saya ke bengkel kereta, minta isikan minyak klac. Nak sedapkan hati, saya beli satu botol minyak klac DOT4, mana tau esok lusa minyak klac berkurangan atau habis terus, boleh isi sendiri.

Keluar dari bengkel, klac dan gear berfungsi macam biasa. Ingatkan masalah dah selesai, rupa-rupanya belum lagi. Masih lagi ada masalah nak masuk gear, terutamanya bila berada dalam kesesakan jalan raya. Dalam keadaan sesak begini, memang kerap menekan klac untuk menukar gear, sampai klac tu 'habis'. Memang susah nak mengharungi kesesakan jalan raya dalam keadaan kereta bermasalah sebegini. Saya cuba pam balik klac dengan cara menekan pedal klac berulang-kali, sampai terasa klac tu 'naik' semula. Tetapi saya buat kadang-kadang jadi dan kadang-kadang tak jadi. Yang bengang, bila buat masa jalan sesak tak jadi. Bila jalan tak sesak, buat, boleh pulak. Grrr....ammmm...

Paling teruk terjadi satu petang tu, semasa balik dari kerja, gear langsung tak boleh masuk. Saya bersusah-payah bawa kereta ke tepi. Cuba pam klac, klac tak 'naik'. Alahai... Kenapa la tak boleh? Gear memang tak boleh masuk langsung.  Nasib baik saya tahu satu muslihat. Gear ni kalau masa enjin hidup memang tak boleh masuk. Tapi kalau enjin mati, boleh masuk. Jadi dalam keadaan enjin dimatikan, saya masuk gear satu. Kemudian hidupkan enjin. Kereta beranjak ke depan sedikit, tapi yang penting kereta boleh jalan. Pelan-pelan saya bawa pakai gear satu. Macam biasa bila jalan dah tak sesak, saya cuba pam klac dan kembali elok macam biasa. Aarghh...

Saya ada juga periksa paras minyak pada tangki minyak klac selepas diisi penuh di bengkel tempoh hari. Memang ada berkurang, jatuh ke paras 'MIN'. Saya penuhkan semula ke paras 'MAX'. Selang sehari, saya periksa semula dan ada berkurangan lagi. Mesti ada bocor kat mana-mana ni.

Semalam baru saya dapat bawa kereta ke bengkel untuk dibaiki. Pomen periksa dan katanya pam klac bocor.


Pam klac yang sudah rosak
Pam klac baru...
Tapi apasal nama dia 'Hydraulic Brake'?
Entahlah Labu...aku bukan pandai sangat
hal-ehwal kereta ni.

Tukar pam klac + upah pasang = RM130. Ambil masa dua jam untuk selesaikan kerja. Sebenarnya kerja menanggal/memasang pam klac tu sekejap sahaja. Yang jadi lama sebab nak menunggu pam klac baharu yang pomen pesan sampai dari kedai alatganti.

Pomen perasan hos radiator kereta aku pipih, tak bulat macam biasa.

Hos radiator sedikit pipih. Biasanya bulat.

Pomen kata tak perlu risau sangat, cuma rajin-rajin periksa air dalam radiator dan tangki simpanan.

Setakat ini, klac dan gear berfungsi dengan baik. Tak lama lagi nak balik beraya di kampung. Harap-harap kereta tak ada masalah lain dan perjalanan balik lancar.

IKLAN