Kenapa lampu handbrake asyik menyala?
25/05/2017 | kereta | Tiada sebarang ulasan setakat ini.
Sebelum ni kereta saya punya lampu handbrake asyik menyala. Bila tarik handbrake, menyala (memang sepatutnya macam tu). Bila lepas handbrake, menyala juga. Sepatutnya padam.
Haii... masalah apa pulak kereta aku ni.
Entah ada benda tersangkut kat sensor ke? Ada skru yang longgar yang nak kena ketatkan ke?
Memandangkan kereta boleh jalan macam biasa, aku biarkan dulu.
Sampai masa untuk servis kereta, aku bawa ke kedai. Bagitau pomen nak servis sambil minta dia periksa sekali masalah lampu handbrake tu.
Pomen tengok kat tangki minyak brek. "You punya minyak brek sudah kurang. Itu pasal laaa".
Laaa... itu ke puncanya? Ingatkan ada kena ganti barang ke apa ke.
Salah aku juga la tak rajin periksa kereta. Periksa paras minyak brek ke, minyak hitam ke, air radiator ke, memang jarang sangat buat. Tau pakai aje.
Selepas beberapa hari, aku periksa semula paras minyak brek. Nampak parasnya OK, tak ada berkurang. Maknanya tangki minyak brek tak bocor. Lega. Kalau bocor dah jadi masalah lain pulak.
Dapat belajar satu ilmu baru - kalau lampu handbrake asyik menyala, periksa paras minyak brek dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment