Saya kongsikan pengalaman menukar bearing dan pam brek pada tayar belakang kereta saya.
Kisahnya bermula dari bunyi bising yang datang dari belakang kereta. Bunyinya dah semakin kuat. Pada mulanya saya tak berapa pasti dari mana punca bunyi tersebut. Dari tayar ke atau bumper. Tiba-tiba teringat sebelum ni saya ada tukar tayar di bengkel dan pomen ada bagitau bearing 'ada berbunyi sikit'. Oleh kerana pomen kata 'sikit', saya tak risau sangat dan menangguhkan menukar bearing.
Oleh kerana bunyi bising dah semakin kuat, saya risau bearing akan rosak sebelum sempat ditukar. Memang tak ada kelapangan nak ke bengkel sebab sibuk dengan kerja harian. Lagi risau sebab kereta tu nak diguna untuk jalan jauh dalam masa terdekat. Harap-harap bearing tu dapat bertahan. Setahu saya, bearing tu kalau rosak, kereta tak boleh jalan.
Akhirnya saya dapat bawa kereta ke bengkel. Pomen kata bearing tu memang dah teruk. Harga tukar bearing termasuk upah pasang ialah RM150. Saya kata "OK boleh". Bila barang dah sampai, pomen mula buat kerja.
Rupa-rupanya pam brek tayar ada masalah bocor. Kata pomen, harga tukar pam brek dalam RM40, guna jenama Bosch. Aku setuju sebab tak mahal sangat.
Tak berapa lama sangat aku menunggu, dah siap. Habis la dalam RM200. Tapi hati lega bila bunyi bising dah tak ada. Pergerakan kereta pun rasa lebih lancar berbanding sebelum ini.
Bearing |
Keadaan di dalam kotor (kesan minyak) kerana pam brek (brake pump) bocor. |
Gambar close-up pam brek (brake pump) yang bocor. |
Kebocoran minyak dari pam brek (brake pump) dibersihkan menggunakan air... |
... kemudian dikeringkan dengan pam angin. |
Bearing dan pam brek yang sudah ditanggalkan. |
Pam brek baru. |
salam...
ReplyDeletetukar dekat mana?
Pm boss area mana nii
ReplyDelete