Keluar dari bengkel, klac dan gear berfungsi macam biasa. Ingatkan masalah dah selesai, rupa-rupanya belum lagi. Masih lagi ada masalah nak masuk gear, terutamanya bila berada dalam kesesakan jalan raya. Dalam keadaan sesak begini, memang kerap menekan klac untuk menukar gear, sampai klac tu 'habis'. Memang susah nak mengharungi kesesakan jalan raya dalam keadaan kereta bermasalah sebegini. Saya cuba pam balik klac dengan cara menekan pedal klac berulang-kali, sampai terasa klac tu 'naik' semula. Tetapi saya buat kadang-kadang jadi dan kadang-kadang tak jadi. Yang bengang, bila buat masa jalan sesak tak jadi. Bila jalan tak sesak, buat, boleh pulak. Grrr....ammmm...
Paling teruk terjadi satu petang tu, semasa balik dari kerja, gear langsung tak boleh masuk. Saya bersusah-payah bawa kereta ke tepi. Cuba pam klac, klac tak 'naik'. Alahai... Kenapa la tak boleh? Gear memang tak boleh masuk langsung. Nasib baik saya tahu satu muslihat. Gear ni kalau masa enjin hidup memang tak boleh masuk. Tapi kalau enjin mati, boleh masuk. Jadi dalam keadaan enjin dimatikan, saya masuk gear satu. Kemudian hidupkan enjin. Kereta beranjak ke depan sedikit, tapi yang penting kereta boleh jalan. Pelan-pelan saya bawa pakai gear satu. Macam biasa bila jalan dah tak sesak, saya cuba pam klac dan kembali elok macam biasa. Aarghh...
Saya ada juga periksa paras minyak pada tangki minyak klac selepas diisi penuh di bengkel tempoh hari. Memang ada berkurang, jatuh ke paras 'MIN'. Saya penuhkan semula ke paras 'MAX'. Selang sehari, saya periksa semula dan ada berkurangan lagi. Mesti ada bocor kat mana-mana ni.
Semalam baru saya dapat bawa kereta ke bengkel untuk dibaiki. Pomen periksa dan katanya pam klac bocor.
Pam klac yang sudah rosak |
Pam klac baru...
Tapi apasal nama dia 'Hydraulic Brake'?
Entahlah Labu...aku bukan pandai sangat
hal-ehwal kereta ni.
|
Tukar pam klac + upah pasang = RM130. Ambil masa dua jam untuk selesaikan kerja. Sebenarnya kerja menanggal/memasang pam klac tu sekejap sahaja. Yang jadi lama sebab nak menunggu pam klac baharu yang pomen pesan sampai dari kedai alatganti.
Pomen perasan hos radiator kereta aku pipih, tak bulat macam biasa.
Hos radiator sedikit pipih. Biasanya bulat. |
Pomen kata tak perlu risau sangat, cuma rajin-rajin periksa air dalam radiator dan tangki simpanan.
Setakat ini, klac dan gear berfungsi dengan baik. Tak lama lagi nak balik beraya di kampung. Harap-harap kereta tak ada masalah lain dan perjalanan balik lancar.
IKLAN
salam bro...keta saya persona manual..kes saya sama macam kes awak ..gear tak boleh masuk..bila of engine boleh masuk gear..dan saya pun hantar keta kat benkel ..bengkel cakap clutch plate pecah padahal clutch plate banyak lagi..dan saya pun percaya lah jadi tukar lah clutch plate...masalah nya dah tukar clutch plate ..gear boleh masuk tapi keras sikit...
ReplyDeleteMungkin kena tukar minyak gear kot? Ha ha agak-agak aje. Saya pun tak pandai sgt bab kereta ni.
DeleteClutch dah tukar baru mmg akan keras skit kak. Cam anak dara r katakan haha. Tukar clutch automatik tukar skali mnyak gear.
DeleteKat mana baiki kereta tu cik
Deletetukar kat mana ni? agak murah arga service tu..
ReplyDeletedi cheras
DeleteCheras dekat mana ye bro
DeleteBaru kena td bro..hntr kawan kt klia..masa smpi toll last ke klia dh perasan gear x masuk..nasib baik sempat masuk gear4 ..dan x tukar gear smpi arrival..mujur kawan sempat smpi..klo x payah beli tiket flight baru lg..sy berenti agak mengejut betul2 kt depan arrival..nasib baik ada org baik hati tolak keta ke tepi..dh try buka segala2 kt bawah tmpt pedal klac..tp hasil sama..pedal klac lembik..dan last skali sy try pump pedal klac tu..sehingga kaki lemau baru..ada perubahan sedikit..7 jam tgu jln clear..jln slow2 akhirnya smpi shah alam..serba sedikit pertolongan dpd statment saudara dlm blog ini..esok nk cari bengkel yg blh seatlekn masaalah pump klac keta sy...hurmm dugaan..akhir sekali kpd sesiapa yg mengalami nasib sama mcm sy alami td pada pump klac ..sila tekan pedal klac itu sehingga terasa spt normal untuk perjalanan sehingga ke bengkel berdekatan..sekian
ReplyDeleteNow at this hour saya plak kena Kat rnr ulu bernam. Langsung X boleh walaupun dah cuba pekbagai. Lastnya towing. Spa Mak buat
ReplyDeleteakum...saya pakai waja manual 2003...masalah klac saya, apabila jalan jauh klac akan menjadi "pendek" dan seterusnya, klac tidak berfungsi...setelah kereta di parking selama sehari, klac akan kembali berfungsi walaupun tidak 100%..
ReplyDeletebaru kena,tpi x pasti masalah apa,cluth rasa lebih pendek dari biasa..nk masukan gear xde masalah..cuma cluth jd pendek
ReplyDeleteAssalam aku sama mcm ni.. Kedai cakap kene bukak gearbox bagai.. Total rm1k lebih.. Tp xbuat lg.. Adehh guane ni hrap bengkel, bengkel pun nk swing customer
DeleteKlo pump clutch bocor,bile tekan paddle clutch rasa kosong,gear x leh msuk.. cek btol2,nt kena tipu plak gearbox rosak
DeleteAku pun mcm ni baru semalam so htr proton dia ckp kena turun gearbox sebab aku pakai saga vvt 2016,clucht pum bocor dan adaptor ke apa,upah rm426,lain part lg,tanya luar tak smpi oun rm400 buat waduh gawat den
DeleteAssalammualaikum..sy pkai gen2 mnual..mslh clucth gk..bile tkan clucth trasa clucth pndek..pstu brbunyi n trasa gegar pd clucth..mhon pnjelasan
ReplyDeleteBiasanya klu klac pump bile ada masalah dia keluar minyak atau tangki minyak klac berkurangan klu master pump klac minyak penuh tapi paddle pandai pendek...sekiranya ada masalah klac lining atau cover krete lari x kuat...bole jadi masalh encik pada klac pump atau master pump klac ..check paras minyak klac klu xberkurang masalah klac master pump biasanya getah dia haus
DeleteBearing clutch kurang elok atau dh nk jem..
DeleteAssalam .. sye tngah tersadai kt warung nie pada jam 4.20 am bayang Kan la seowg jek nie .. clutch jdi pendek lame2 xde lansung gear xli masuk .. clutch pumb . Agak2 ape masalah
ReplyDeleteTukar clutch pam atas dan bawah
DeleteBln 4 dh tkr p bwh...kna byr rm400 sbb kna nagkat enjin nk tular tu...pastu bulan 11 rosak lg cluth rosak Pam yg atas...pastu dk smggu dua rosak lg....tkr yg baru pam atas tu... Duk sehari msh lg rosak...pomen pn pning kpala dah....apa lg yg rosak ya
ReplyDeleteClutch kosong terus melekat pedal tu. Pump bawah dah tukar .tetap jadi mcm tu. Penat dah pump tetap x jadi ape. Ape masalah sebenarnye
ReplyDeleteSaya pn baru jek kene Ni...masih lagi tersadai di tepi Jalan hala bandar melaka...betul2 depan mahkamah...Naik bukit depan hospital pantai tu tiba2 gear jadi keras...masuk tk betul...last berenti tepi Jalan Ni...langsung tk blh masuk gear...mati enjin boleh masuk gear...tp bila enjin hidup smula gear tendang...mcm jem...ermm...tunggu pomen pulak Ni...
ReplyDeleteSalaam.. Sy pengguna kereta wira aeroback.. Masalah saya ni sy pelik dgn pedal clutch yg tiba2 je mcm rasa pendek bila ditekan.. Sbb sbelum ni normal je yg clutch bila diteka agak sedikit panjang, tak mcm yg skarang ni pendek sgt..apakah ini tanda2 awal masalah pump clutch bocor..?
ReplyDeleteTerima kasih..
Same kes..
DeleteKlu saga flx..gear susah nk tukar..mcm ketat..tu sbb clutch jgk o kna tukar myk je..
ReplyDeletePam kluc bocor.. Sy tgh hdapi skrg ni. Dgn cuti Raya cina.. Semua bengkel tutup
Deletesama jugak
DeleteAssalamualaikum..sy menggunakan myvi 1.5 manual,masalah yg saya hadapi clucth agak keras bila ditekan..baru tukar clutch plate n housing dah tukar dlm 3bln lepas..tp masalah still sama,pomen perodua ckp clucth pum takda masalah...adakan barang aftermarket yg sesuai untuk kereta saya?
ReplyDeleteMungkin boleh lembutkn skit clucth tu..hehe
Lori model futura suzuki saya tk boleh masuk gear bile enjin idup.kenape bos.bile enjin tidak idup gear boleh plak gerak masuk
ReplyDeleteBle stat je nak masuk gear tk bleh keras ade bnyi jugak ble dipaksa
saya pandu persona model lama manual. gear tak boleh masuk. baru 4 bilan lepas tukar clutch leaning. sekarang tak boleh masuk jugak. kenapa agak nya.
ReplyDeleteSelalunya bila berlaku clutch jadi pendek, gear susah masuk masalahnya ada pump clutch. samada atas atau bawah. tapi masalah sy lagi pelik, clutch jadi 2 level, tekan smooth ingat dah abis tekan tapi gear tak pat masuk, bila tekan lagi (keras) masih boleh tekan baru la jejak dinding. pump clutch atas bawah dah tukar, clutch dah tukar, bering clutch dah tukar tapi masih hadappi masalah sama. sampai dah 3 pomen buat, tak dapat jugak settle. siap cek body ngan clutch housing takda masalah. agak susah bila dalam jem, nak control kaki yg dah penat. 2 level (lembut + keras) boleh terlepas gak kadang2 bila dah penat sangat. ada sesiapa berpengalaman?
ReplyDeleteassalamualaikum bro,2 minggu lepas saya baru tukar clutch pump baru sbb dkt pedal clucth saya leaking tpi masa cek minyak,minyak banyak lgi dan hari ni masa saya tgh drive saya rasa pedal clutch saya licin semacam,jadi saya berhenti tepi dan saya tgk kt pedal clutch saya ada minyak,knp eh tu bro?
ReplyDeleteassalamualaikum geng...sy bru kne..persona manual,2013.. wife sy drve td..lps motong kereta, then nk tukar gear 3 msuk 4,,gear xleh msuk..lps sy tgok... ble enjin mati, gear boleh masuk, ble enjin hidup, gear xleh msuk...sy pancing msuk gear 2,, bru sy hidupkn enjin, dlm prjalanan, kereta mngerang jd rpm tinggi, mcm clutch kong. makin lame, dlm keadaan ade gear, tp kereta xleh jln lgsung...sebab apa tu eh geng?
ReplyDeleteSaya kereta exora manual...tengah byr tol...tiba2 tk boleh masuk gear...tapi kalau enjin mati boleh pulak masuk dan tukar gear...
ReplyDeleteSalam. Tuan. Mohon p3ncerahan. Saga flx. Masa mula rosak. Clutch kosong. Anta ke bengkel. Tukar clutch kit n pump clutch baru. Xsampai seminggu masalah berulang. Pomen pun pening. Sedangkan dah tuka semua baru twrmasok flywheel seal. Ada apa2 cadangan tak?
ReplyDeleteSaya punyer probs...pomen kata clutch pump..sama kes..gear x leh masuk..kete x gerak..
ReplyDeleteKena tukar clutch pum atas dan bawah
ReplyDeletesy tgh jd skrg n sy bru cuba tips tuan jd gak la sy bwk slow2 guna gear satu tp bengkel jauh lg sy trpkse stop dkt tepi petronas port selamat cket skrg agak merana la sbb bru pukul 8pgi bengkel xbukak lg dan gaji pon xmsuk lagi😭😭😭
ReplyDeletekereta Alza 1.5 manual. telah tukar clucth baru. tapi gear terasa kesat/kasar susah nak masuk...boleh ke saya guna gear oiltreament utk mengurangkan rasa kesat/kasar gear tersebut.
ReplyDeleteGear under jer tx boleh masuk gear 1 sampai 5 ok...
ReplyDeleteMintak pencerahan kenapa yer
DeleteMintak pencerahan kenapa yer
Deleteالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ReplyDeleteMohon bantuan,semalam tukar bateri baru kereta satria 1.6,3 tahun dah sadai..hidup balik..bile nak mula gerak masuk gear 1,tekan klac jadi keras,macam stuck..tekan kuat sikit,pastu de bunyi “ktak”..xpasti patah atau pun bunyi apa..lepas tu trus klac kosong smpi kesudah..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum mohon bertanya kenapa minyak klac bocor keluar ikut pedar klac masa saya pum klac selepas isi minyak klac
ReplyDeleteWsalam masalah pada getah clucth master pump
Deletehari ni nak tukar clutch pump master RM200 lebih juga agaknya. dah leaking kat pedal. minyak pun dah balik balik isi kosong juga dlm beberapa hari.
ReplyDeleteassalam. mohon bantuan clutch pump dh tukar tapi masih tersangkut lagi gear apa bila mahu mnukar gear.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteTerima kasih untuk info ...bila google "gear tak boleh masuk"...blog tuan yang 1st appear.
Saya punya baaaaaruuu semalam terjadi, nasib dah nak sampai rumah. Tapi berpeluh jugak la bila berhenti di simpang 3, daripada free gear nak masuk gear 1 tak boleh-boleh. Enjin masih berjalan, try tolak gear 1 tak boleh2...clutch rapat dah ke lantai. Ahhh habis...jangan biar tersadai kat simpang 3, kereta belakang dah que dah...terpaksa on hazard signal.
Jangan panik...fikir. Then teringat dulu2 bila enjin mati time gear 2..tekan clutch rapat then restart enjin..boleh je jalan (dan tak melompat kereta). So guna teknik mcm ni juga untuk bagi kereta selamat sampai ke rumah. Saya offkan enjin, tekan clutch sambil masukkan ke gear 1 dan hold that tombol gear (kalau tak hold nanti tombol melompat semula ke free gear/N bila pulas kunci on kereta). Bila start yey!!! Bawa laa pelan2 200 m nak ke rumah dengan gear 1.
So nanti bila gaji dah masuk..jumpa pomen n cakap nak suruh tukar clutch pump.
Petang ni nak check clutch tank..check minyak dlu
Terima kasih
Dari bloq sini saya dapat tau
masalh kancil sya mcm kes td..bile tekan cluth ada bunyi dan bergetar..gear x msuk pulak..
ReplyDeleteboleh bgi pencerahan..cluth lining habis atau cluth pump rosak??
Masalh sy kerta waja tekan cluth gear x blh masuk...nk kate pam cluth bocor xde ..minyak x kurang..tpi gear x blh masuk...mohon pencerahan tuan2...nak kata cluth plet habis kerta x meneran
ReplyDeleteSama jadi kes mcm ni juga. Pening dah kepala. Apa jalan penyelesaiannya boss??
Deleteminyak kt pump master, tukar pump bwh, sbb pressure yg krg, bkn sbb bocor
Deleteslm,, waja campro m sy sdg hdpi prob yg sama,, blh share solusi,? agak2 sy clutch pum bwh prob,, tp lsungx de leaking mana2,, dot4 msh level ok,, tq
DeleteSalam. Kereta saga FLX saya jadi masalah yang sama. Bila pandu perlahan, gear susah gila nak masuk. Bila pandu laju sikit, senang pulak. Apa masalah ya? Pls help. Tq
ReplyDeleteBos,apakah punca masalah kederaan jenis lori 10tan bila tekan clutch tak dapat. (bila saya tekan clutch tak mau dan keras)
ReplyDeleteTukar minyak clutch.buang yg kotor dh berkarat.pakai DOT4.biasanya dalam tabung pam berkarat.cuci piston pump.
Deletekete sy iswara a/b masalah susah masuk gear.... g bengkel dia adjust getah kt cable cluth yg atas.... pastu oklah masuk gear....2 hari kemudian jadi balik.... sy adjust. mcmmn pomen tu buat.... ok boleh masuk gear... tk lama lepas tu jadi balik... sy adjust tmpt yg sama ttp tkleh masuk gear keras.... pomen kata kalau dah adjust jadi balik gear tkleh masuk clust plate problem..... nak tanya lah kawan2 kalau betul clust plate atau benda lain.... mana tau kot pomen tu (cina) nak membodohkan sy....terima kasih
ReplyDeletesalam bro.. krta saya saga flx.. bila saya tukar gear tiga trus bunyi mcm kita tak tekan clucht smpai hbs.. bila pastu bila laju bau mcm gam gasket yg trbkar d rim tu.
ReplyDeleteGood info!
ReplyDeleteSaya pun kene, Proton Preve ni.
Tapi belum buat lagi.
Harini hantar bengkel, clutch susah nak masuk, pomen kata tukar clutch pump atas bawah, rm300 siap upah. Wira a/B 1.5 se
ReplyDeleteMahalnya...pakai pump jenis apa tu. Biasanya dalam RM120.00 je termasuk upah
DeleteSalam .. nak Tanya.. Pajero saya start ok.. dh masuk gear 1 lepas clutch terus padam enjin.. Dan sukar utk tukar gear balik.. terpaksa enjin padam Bru boleh tukar gear free..masuk gear lepas clutch terus jalan dh boleh control masak pijak padel clutch.. dia terus jalan.. pijak padel clutch pun masih jalan
ReplyDeleteDimana location pum clach tu terletak boss
ReplyDeleteWaja sy pon ada mslh ssh msuk gear ..cluth sy trse mcm bnyk kosong masa mula2 tkan tk mcm sblom ni ..bila sy matikn enjin tkn cluth bnyk kali bru rse snang ckit msuk gear ..minyk cluth tk bkurang,adakah ni mslh pam cluth juga ?
ReplyDeleteWaja sy pon ada mslh ssh msuk gear ..cluth sy trse mcm bnyk kosong masa mula2 tkan tk mcm sblom ni ..bila sy matikn enjin tkn cluth bnyk kali bru rse snang ckit msuk gear ..minyk cluth tk bkurang,adakah ni mslh pam cluth juga ?
ReplyDeleteKereta waja saya sudah masuk gear.chk clutch pump atas minyak kosong .ini masallah apanie .tlg siapa yg dptbagi idea...
ReplyDeletepomen pasang pump clutch tak betul....memang pomen anda tak pandai sangat. Ada ke nak buka pump clucth pun kena angkat engin
ReplyDeletepump clutch ini sepatutnya rosak 5 tahun sekali....tapi aku dah terkena pump clutch kereta wira aku rosak setiap tahun. Masa baru beli wira okey je la tapi selepas 6 tahun, aku mulalah berjinak-jinak dengan pump cluth. Tahun ni pump cluth bawah. tahun depan pump clutch atas pulak yang rosak.
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan, saya ada masalah kereta wira vdo semasa saya nak menukar gear kadang-kadang ada mcm susah nak tukar ada rasa masuk gear reverse yg selalunya bergeser..bila main clutch baru ok..kejap jadi kejap ok senang masuk gear..minyak clutch ada cukup paras..clutch plate baru tukar 4 bulan.cuma dlm tabung minyak clutch dh hitam keruh.padel clutch saya rasa sikit sngt isinya bila tekan habis.mohon penjelasan dari tuan.
ReplyDeleteBuat servis clutch tuan...buang segala minyak clutch yg lama ganti baru...berkemungkinan kotoran dah penuh...jika dibiarkan akan merosakan segala getah pada pump clutch....tq...jika salah betulkan...
ReplyDeleteKlu minyak gearbox kurang boleh jd ke susah nk masuk gear.. Pump dan minyak cukup xde bocor.. Gear je susah nk masuk.. Nk pula gear reverse... Ada masa ok ada masa susah...
ReplyDeleteAku punya persona baru kena ni...start enjin x leh masuk gear..tutup enjin boleh masuk gear...tekan2 clucth banyak kali pedal keras mcm biasa...bila tgk kat clucth pump bawah ada leaking...tp apasal clucth masijlh keras mcm biasa...cuma nk masuk gear je x boleh
ReplyDeleteSaya menggunakan kereta kenari,masalahnya sebijik sma dgn posting Ni. Bila kereta stop/mati,senang Masuk gear.. bila dalam keadaan yg hidup,xblh Masuk gear. Sebelum Ni dh adjust cable clutch cuma selang bbrpa mnggu masalah datang balik Dan pomen syak masalah clutch plate.. kereta mmg xpernah tukar clutch plate. Tpi takut masalah yg lain sebenarnya..
ReplyDeleteNk tnye,pump atas sy dh tukar baru..tp minyak tetap kurang jgk..kena selalu top up..apa masalah..pump bawah sy ke yg ada masalah
ReplyDeleteKeta sy perdana manual masuk gear 1,2,3,4,5,R boleh tp keta x mau jalan...enjin idup pon sama enjin mati pon ttp x leh jalan...
ReplyDeleteTumpang tanya , kalo gen 2 , nak masuk clutch 8.5 inch . Perlu modified ape2 tak
ReplyDeleteKereta Alza saya, clutch keras.. ada sape2 blh bagi idea?.. gear box baru, clutch plate pun baru.. cuma baru2 ne minyak clutch bwh paras minimum, dah tambah tp tekan clutch tetap keras dan berbunyi..
ReplyDeleteAsalamualaikum. Ramai kita mengalami kes sama, clutch susah masuk.
ReplyDeleteKereta saya Avanza 1.3 manual. Saya dah cuba ejust ring dekat bawah tapi dua tiga hari kes berulang.
Teknik masukkan gear dulu baru start, teknik workshop ajar (pastikan handbreak & break pijak dulu). Cara ini boleh guna untuk sementara. Saya tukar gear 2,3,4,& 5 tiada masalah.
Pastikan kereta mudah dihidupkan. Sebab bila berhenti, setiap kalilah kena buat macam ini. Kecuali main clutch dengan minyak. Gear tak tukar-tukar.
Assalamualaikum.. jazakallahu khairan.. pajero sy pun kene camni.. lepas google dpt info dr tuan.. selamat maju jay
ReplyDeleteAssalamualaikum,sya nk tanya apa sebab nissan grand livina manual sya selalu tercabut pam cluth bahagian atas bila tercabut pedel pun tk boleh naik terlekat kt bawah ada sapa2 biasa kena mcm ni tak mcm mana memgatasi masaalah ini?
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteApa masalahnya keta wira saya.
Mula2 pump clutch pump bocor bawah. Lepas tukar . Clucth jadi keras. Masuk gear . Gear x main. Mati engine pun sama masuk gear keta masih boleh jalan. Apa masalah nya. Plsss
Salam..sy nk tnya satria neo sy tibe2 gear kosong enjin hidup..ape masalah nya..kete manual
ReplyDelete