Tukar bearing dan pam brek (brake pump) tayar

26/06/2017 | | 2 comments


Saya kongsikan pengalaman menukar bearing dan pam brek pada tayar belakang kereta saya.
Kisahnya bermula dari bunyi bising yang datang dari belakang kereta. Bunyinya dah semakin kuat. Pada mulanya saya tak berapa pasti dari mana punca bunyi tersebut. Dari tayar ke atau bumper. Tiba-tiba teringat sebelum ni saya ada tukar tayar di bengkel dan pomen ada bagitau bearing 'ada berbunyi sikit'. Oleh kerana pomen kata 'sikit', saya tak risau sangat dan menangguhkan menukar bearing.

Kenapa lampu handbrake asyik menyala?

25/05/2017 | | Tiada sebarang ulasan setakat ini.


Sebelum ni kereta saya punya lampu handbrake asyik menyala. Bila tarik handbrake, menyala (memang sepatutnya macam tu). Bila lepas handbrake, menyala juga. Sepatutnya padam.
Haii... masalah apa pulak kereta aku ni.

Senarai klinik-klinik pergigian kerajaan di Kuala Lumpur dan Putrajaya

22/05/2017 | | 1 comment


Klinik pergigian kerajaan adalah salah satu pilihan untuk mendapatkan rawatan pergigian. Ada banyak klinik disediakan oleh kerajaan dan kosnya pun murah.
Tapi kalau nak datang ke sini, tak boleh main 'terjah' sahaja.

BR1S. Yahuu dapat duit!!!

01/10/2016 | | Tiada sebarang ulasan setakat ini.

Dapat mesej WhatsApp yang kandungannya begini:
BR1S (Bonus RAKYAT 1 SELANGOR)  
RM500 utk semua rakyat SELANGOR SAHAJA berumur 18 hingga 55 tahun, I/C SELANGOR (14)  
sila rujuk link dibawah untuk permohonan. Siapa yg belum mohon sila isi borang. Permohonan dibuka hingga 1 OKT 2016 

Haramain Backpackers Trans-Siberian

10/09/2016 | | Tiada sebarang ulasan setakat ini.

Seronok saya menonton rancangan travelog 'Haramain Backpackers : Trans-Siberian'. Ini satu rancangan yang merakam perjalanan Amin dan Mat Dan ke Mekah untuk berumrah melalui laluan Trans-Siberian (26 bandar, 11 negara, 5 zon masa, jumlah jarak 29,000 km). Jauh sungguh melencongnya.
   Apa yang menarik tentang 'Haramain Backpackers' ini kalau dibandingkan dengan rancangan-rancangan travelog lain? Pertamanya, rancangan ini merakam perjalanan ke Mekah untuk menunaikan umrah secara 'backpacker'. Tak biasa kita dengar orang pergi umrah secara 'backpacker', kan? Jadi ini satu kembara umrah yang lain dari yang lain.
   Keduanya; rasa saya sebelum ini mana-mana rancangan travelog terbitan tempatan belum pernah ada yang menelusuri laluan Trans-Siberian. 'Haramain Backpackers' kiranya yang pertama, jadi kita bukan setakat dapat melihat tempat-tempat menarik di sepanjang laluan Trans-Siberian, malah dapat juga melihat bagaimana keadaannya menaiki keretapi Trans-Siberian.

Laluan Trans-Siberian, Dalam 'Haramain Backpackers', Amin dan Mat Dan akan melalui Beijing (China), Ulan Bator (Mongolia), Irkustk Baikal, Kazan dan Moscow (Rusia), Bosnia, Croatia, Albania, Budapest (Hungary), Istanbul (Turki) dan kemudian ke Haramain ( Makkah & Madinah). Sumber peta: http://www.baikalcomplex.com

   Ketiganya; Mat Dan. Pertama kali saya tonton Mat Dan, memang rasa pelik sangat. Macam mana boleh ada Orang Putih fasih cakap Melayu, dalam loghat Terengganu pula? Mat Dan ni dah kembali kepada Islam, sudah berapa lama saya belum dapat periksa. Tapi dengar dia sebut kalimat macam 'Alhamdulillah', elok dah lancar sebutannya. Sudah lamalah agaknya. Dan saya perhatikan gaya Mat Dan, macam dah veteran dalam hal mengembara 'backpaker'. Memang sesuai sangatlah untuk rancangan ini.
   Cerita di sebalik tabir pengembaraan 'Haramain Backpackers', boleh anda baca dalam 'Berhenti Kerja Untuk Mengembara Bawa Saya Lakukan Penggambaran ‘Haramain Backpackers’ Ke Tanah Suci' yang ditulis oleh saudara Ahmad Safuan selaku penerbit rancangan ini. Agak panjang dan bergambar, saya sendiri membaca sekali lalu, tetapi ada banyak butiran yang boleh dijadikan panduan kepada yang ada hajat mengembara melalui Trans-Siberian.

Masalah pam klac (clutch pump)

04/07/2016 | | 83 comments

Dalam seminggu ni, kereta saya ada masalah klac sampai susah nak masuk gear. Mulanya, satu pagi masa saya sampai tempat kerja, saya perasan gear susah nak masuk. Saya periksa paras minyak pada tangki minyak klac - dah kosong. Segera saya ke bengkel kereta, minta isikan minyak klac. Nak sedapkan hati, saya beli satu botol minyak klac DOT4, mana tau esok lusa minyak klac berkurangan atau habis terus, boleh isi sendiri.

Keluar dari bengkel, klac dan gear berfungsi macam biasa. Ingatkan masalah dah selesai, rupa-rupanya belum lagi. Masih lagi ada masalah nak masuk gear, terutamanya bila berada dalam kesesakan jalan raya. Dalam keadaan sesak begini, memang kerap menekan klac untuk menukar gear, sampai klac tu 'habis'. Memang susah nak mengharungi kesesakan jalan raya dalam keadaan kereta bermasalah sebegini. Saya cuba pam balik klac dengan cara menekan pedal klac berulang-kali, sampai terasa klac tu 'naik' semula. Tetapi saya buat kadang-kadang jadi dan kadang-kadang tak jadi. Yang bengang, bila buat masa jalan sesak tak jadi. Bila jalan tak sesak, buat, boleh pulak. Grrr....ammmm...

Paling teruk terjadi satu petang tu, semasa balik dari kerja, gear langsung tak boleh masuk. Saya bersusah-payah bawa kereta ke tepi. Cuba pam klac, klac tak 'naik'. Alahai... Kenapa la tak boleh? Gear memang tak boleh masuk langsung.  Nasib baik saya tahu satu muslihat. Gear ni kalau masa enjin hidup memang tak boleh masuk. Tapi kalau enjin mati, boleh masuk. Jadi dalam keadaan enjin dimatikan, saya masuk gear satu. Kemudian hidupkan enjin. Kereta beranjak ke depan sedikit, tapi yang penting kereta boleh jalan. Pelan-pelan saya bawa pakai gear satu. Macam biasa bila jalan dah tak sesak, saya cuba pam klac dan kembali elok macam biasa. Aarghh...

Saya ada juga periksa paras minyak pada tangki minyak klac selepas diisi penuh di bengkel tempoh hari. Memang ada berkurang, jatuh ke paras 'MIN'. Saya penuhkan semula ke paras 'MAX'. Selang sehari, saya periksa semula dan ada berkurangan lagi. Mesti ada bocor kat mana-mana ni.

Semalam baru saya dapat bawa kereta ke bengkel untuk dibaiki. Pomen periksa dan katanya pam klac bocor.


Pam klac yang sudah rosak
Pam klac baru...
Tapi apasal nama dia 'Hydraulic Brake'?
Entahlah Labu...aku bukan pandai sangat
hal-ehwal kereta ni.

Tukar pam klac + upah pasang = RM130. Ambil masa dua jam untuk selesaikan kerja. Sebenarnya kerja menanggal/memasang pam klac tu sekejap sahaja. Yang jadi lama sebab nak menunggu pam klac baharu yang pomen pesan sampai dari kedai alatganti.

Pomen perasan hos radiator kereta aku pipih, tak bulat macam biasa.

Hos radiator sedikit pipih. Biasanya bulat.

Pomen kata tak perlu risau sangat, cuma rajin-rajin periksa air dalam radiator dan tangki simpanan.

Setakat ini, klac dan gear berfungsi dengan baik. Tak lama lagi nak balik beraya di kampung. Harap-harap kereta tak ada masalah lain dan perjalanan balik lancar.

IKLAN

Kemalal : Cerita 1

24/06/2016 | | Tiada sebarang ulasan setakat ini.

Penyata bil elektrik terkini sudah sampai, terselit di celah pagar pintu. Kemalal segera membuka bil yang tersimpul. Matanya segera mencari jumlah yang harus dibayar, tercetak di bahagian bawah penyata.
Tiba-tiba hati Kemalal panas.
"Apasal bil bulan ni banyak sangat?", jerit Kemalal di dalam hati. Kebiasaan bil-bil sebelum ini, cuma kurang lebih RM30 sahaja, paling tinggi pun RM35. Yang terbaru ni, dekat-dekat RM70! Hampir dua kali ganda! Biar betul TNB ni!
Sebelum ini, Kemalal ada terbaca di Internet tentang rungutan pengguna-pengguna yang menerima jumlah bil lebih tinggi dari biasa, terutamanya mereka yang ada menggunakan pendingin hawa di rumah. Maklumlah sekarang ini musim El-Nino, cuaca lebih panas dari biasa. Mestilah pendingin hawa bekerja lebih keras dari biasa. Kemalal cuma gelak dalam hati dengan rungutan mereka. "Padan muka! Pakai aircond memang la banyak pakai letrik. Lagi-lagi tengah musim panas ni!" Kemalal fikir dia tidak akan dapat bil mahal macam mereka, kerana dia cuma pakai kipas sahaja di rumah.
Rupanya-rupanya Kemalal pun terkena juga!
Kemalal mundar-mandir di ruang tamu. Dalam hati, dia mencarut-carut pada TNB. "Huh! Kena komplen kat Facebook TNB penipu ni! Aku pakai kipas je, bukan ada aircond! Mana boleh dapat bil tinggi macam ni! C****a betullah TNB ni!"
Kemalal mula mengarang ayat-ayat mencarut yang hendak ditulis di laman Facebook TNB. Dia membelek-belek penyata tadi, cuba mencari ilham.
Kemudian matanya tertumpu kepada satu baris tulisan:

Tunggakan           RM 33.45

"Leee... bulan lepas punya tak bayar lagi."
Hati Kemalal sudah tidak panas lagi.